assalammualaikum
sesape yang baca entry ni mesti ada special boyfee atau girlfee kan..haha..bukan lah..special bf atau gf..hehe..ni yang aku pernah baca lah kan..tapi jangan percaya sangat..ingat..jodoh tu kan ALLAH yang tentukan..tapi kalau yang dah tau tanda-tanda aku bagi ni..tak payah lah baca..alang-alang buka blog aku kan..baek korang follow je..hehe..
ada 10 tanda-tanda dia jodoh kita-
1-Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia
ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila
kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat
di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai
antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat
apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang
lain.betul tak??kalau korang pernah rasa lah..hehe
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita
pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan
kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
2-sentiasa jujur antara satu sama lain
.
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak
menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi
milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi
suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada
berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran
yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan.
3-Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil
peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang
penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih
sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya
kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia
apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4-Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun
perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin
sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
5-bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba
perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan
dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik?
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup
kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.tapi kalau dia memang jenis pemalu..special kes lah kan..hehe